Sunday, March 16, 2014

Mary Kay Promo (16 Mac~15 Apr 2014) Timewise Miracle Set

Hai alls..entry kali ni Fai nak inform promotion MK untuk 16 Mac~15 April 2014 ni..promotion kali ni sangat2 best and recommended to all MK user especially to Timewise Miracle set user..Yang baru nak cuba produk MK pun, you're most welcome and boleh contact fai thru email fairuzita@gmail.com or wasap 017-6406403 for product trial for free..

Sebelum kita tengok apa yang bestnye promotion for this time, kita review dulu apa yang Timewise Miracle set ni boleh offer pada kita..Happy readings you alls..

Timewise Miracle Set meliputi produk Timewise seperti ; 3-in-1 Cleanser atau 3-in-1 Cleansing Bar, Age Fighting Moisturiser, Day Solution Sunscreen Broad Spectrum SPF 35, Night Solution dan pilihan bedak asas.

Timewise Miracle Set beserta harga per item

Dengan menggunakan set ni, kulit kita dapat menikmati 11 manfaat antipenuaan iaitu :
1. Mencuci
2. Mengelupas
3. Menyegar
4. Mengaktif
5. Melembap
6. Menghalus
7. Menegang
8. Melembut
9. Melindungi
10. Menjana
11. Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan

SIAPAKAH YANG HARUS MENGGUNAKAN TIMEWISE MIRACLE SET INI?
Miracle set direka untuk individu yang mahukan penjagaan kulit melawan penuaan harian yang khusus untuk menampilkan kulit yang tampak lebih muda.

BAGAIMANAKAN MIRACLE SET INI BERFUNGSI?
Apabila kulit semakin berusia, kadar pembaharuannya semakin perlahan. Ia menjadi lebih kering, kurang pejal dan kurang berseri. Miracle Set bertindak melawan proses ini dengan menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, memastikan kulit lembap, mencergaskan sel kulit dan membina semula kulit.

-        -->  Manik pembersih lembut dalam Timewise 3-in-1 Cleanser dan Timewise 3-in-1 Cleansing Bar menanggalkan sel kulit mati melalui pengelupasan.

-         --> Sejenis kompleks berpaten dalam Timewise 3-in-1 Cleanser dan Timewise Age Fighting Moisturiser mengurangkan garis halus dan kedutan dengan memacu proses pembaharuan kulit semula jadi.
-         
          --> Sebatian humektan impian dalam Timewise Age Fighting Moisturiser memastikan kulit sentiasa lembap.
-          
      --> Ramuan botani yang kaya dengan khasiat dalam Timewise Day Solution Sunscreen Broad Spectrum SPF 35 membantu mencergaskan sel kulit, sementara menghalang UVA dan UVB membantu melindungi kulit daripada ancaman matahari.
-         
           --> Peptida antipenuaan dalam Timewise Night Solution merangsang kolagen untuk melicin dan memejalkan kulit.

APAKAH YANG MENJADIKAN MIRACLE SET BERBEZA DARIPADA REJIMEN PENJAGAAN KULIT HARIAN YANG LAIN?
MK menawarkan salah satu system penjagaan kulit melawan penuaan harian lengkap yang dapat dikhususkan mengikut jenis kulit. Ia merupakan satu koleksi produk penjagaan kulit yang dirumus untuk bertindak bersama supaya memberikan faedah yang diperlukan pelanggan anda untuk menampilkan kulit yang tampak lebih muda.

Produk Penjagaan Kulit Timewise
Produk Penjagaan Kulit Timewise memberikan faedah antipenuaan termaju yang dikehendaki oleh wanita yang menginginkan kulit yang kelihatan lebih muda. Setiap produk Timewise dirumus khas untuk melawan pelbagai bentuk tanda yang berkaitan dengan penuaan kulit. Semua produk Timewise direka untuk bertindak bersama-sama untuk membantu memaksimumkan faedah antipenuaan. Timewise disediakan dalam 2 formula untuk memenuhi keperluan kulit jenis normal hingga kering atau kombinasi hingga berminyak. Penggunaan yang berterusan membawakan hasil yang terbaik.

1. Timewise 3-in-1 Cleanser dan Timewise 3-in-1 Cleansing Bar
Produk pembersih Timewise menggabungkan antipenuaan dengan 3 fungsi perlu dalam 1 produk untuk membersih, mengelupas dan menyegarkan-menyerlahkan kulit yang tampak lebih muda.

2. Timewise Age Fighting Moisturiser
Losen mewah emolien ini menggabungkan tindakan penghidratan 10 jam dengan kompleks berpatena untuk memacu proses pembaharuan kulit secara semula jadi, menampilkan kulit yang lebih pejal, lebih licin dan kurang garis dan kedutan.

3. Timewise Day Solution Sunscreen Broad Spectrum SPF 35
Bayangkannya sebagai sel perlindungan. Produk yang inovatif ini mencegah kejadian garis-garis dan penyahwarnaan sebelum ia berlaku dengan menghalang kerosakan akibat sinar UVA dan UVB. Selain itu, peptida penenang membantu melegakan garis-garis ekspresi.

4. Timewise Night Solution

Satu system penyampaian unik vitamin terkapsul dan antioksidan tergabung dengan peptida penggalak kolagen untuk membantu memudarkan garis-garis dalam dan kedutan. Malah mikrokapsul nutribeads lebih banyak kandungan vitaminnya.

ok, so dah tau macam mana Timewise Miracle set ni berfungsi kan? agak2nye ok x? ade rase nak cuba? kalau nak, boleh contact fai thru email fairuzita@gmail.com or wasap 017-6406403..

sekarang Fai nak inform apa yang bestnye kalu beli Timewise Miracle set ni dalam tempoh promotion ni (16 Mac~15 Apr 2014)..kalau beli 1 set, dapat percuma Skinvigorate Cleansing Brush seperti dalam gambarajah di bawah..

Buy Timewise Miracle set RM 536 free Skinvigorate Cleansing Brush (worth RM180)


Bestkan dapat free brush ni..so, apa die fungsi brush ni?

                                                  
                                                             Skinvigorate Cleansing Brush


Skinvigorate™ Cleansing Brush adalah peralatan hebat untuk memperhaluskan tampilan garisan halus dan kedutan, menawarkan rona kulit yang lebih sekata serta meminimumkan tampilan pori-pori. Dengan penggunaan yang konsisten, secara keseluruhannya kulit anda akan menambahbaik dengan ketara. Ianya dapat menggandakan manfaat penjagaan kulit serta penanggalan solekan yang lebih baik serta penyerapan produk yang hebat. 
Kesan menggunakan Skinvigorate Cleansing Brush


Dengan hanya tekan satu butang, rutin penjagaan kulit menjadi lebih senang! Ia sesuai digunakan dengan sebarang Pembersih dan sesuai digunakan setiap hari bagi semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif!

Dengan adanya brush ni kita seumpama boleh menjalankan spa di rumah setiap hari dan pemakaian solekan menjadi lebih mudah dan sekata.

So, kepada sape2 yang berminat dengan brush ni, boleh dapatkan secara percuma dengan syarat beli Timewise Miracle Set ni..sangat2 berbaloi..dapat 1 set Timewise Miracle set dengan harga RM536 dan 1 Skinvigorate Cleansing Brush for free..Kalau tidak, harga brush ni saja RM180 tau..cepat2 sementara stok masih ada..email fairuzita@gmail.com or wasap Fai for more details and best price..Pasni boleh wat spa sendiri di rumah..untuk mengetahui lebih lanjut lain2 produk Timewise ataupun lain2 produk MK, boleh layari laman web ni : http://www.marykay.com/..Fai pun akan update from time to time dekat blog ni berkenaan dengan produk2 MK and the promotions available..




Jangan Menunggu..

Hai alls, entry kali ni Fai nak share mutiara kata yang Fai suka..macam biasala, asalnya dapat dalam group wasap member2 copy&paste then forward..after baca tu, fai decide nak jadikan mutiara kata ni kata2 semangat untuk diri sendiri..so, fai pun google la kat internet cari mutiara kata ni..then fai edit sikit, letak2 gambar bagi nampak menarik..tujuaanya supaya Fai boleh print pastu tampal dekat tempat yang mudah nampak supaya boleh jadi sumber inspirasi & motivasi sendiri..

Azam 2014 yang dicarry forward dari tahun 2013; supaya dapat memperbaiki diri dan amalkan sifat2 mahmudah dalam diri masih agy dalam proses untuk cuba mencapainya..tambahan pulak nature keje Fai yang mana setiap hari berhadapan dengan student, so memang banyakla kena bersabar, tenang, redha dengan sikap para pelajar zaman sekarang ni..in shaa Allah kalau boleh, Fai nak terapkan semua nilai2 mahmudah dalam diri Fai..So, Fai amik peluang untuk sharing dengan you alls semua mutiara kata ni..baca dan hayatilah kata-kata ini..

1.   Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia.




2. Jangan menunggu kaya baru nak bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.



 3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.



4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan...



5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu akan memahami kamu.


 6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. Tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.


 



7. Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.




8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.



9. Jangan menunggu banyak duit baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah,. bukan sekadar duit yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.




10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikutinya, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.




11. Jangan menunggu dah berjaya baru bersyukur. Tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu.




12. Jangan menunggu diberi peluang baru melakukan, tapi lakukanlah, maka pasti banyak peluang yang akan datang menjelma.

































Thursday, March 6, 2014

Jeragat & Mary Kay

Masalah jeragat dan parut hitam sering dialami oleh kebanyakan orang Asia. Jika tidak dirawat, tompok-tompok hitam ini akan semakin bertambah. Punca jeragat ialah daripada sel melanosit yang terlebih aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam.

Masalah jeragat yang kerap berlaku di kalangan wanita Asia


Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:


1) Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)

2) Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma". Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat. Penggunaan pil perancang dan tabia tmerokok juga boleh menyebabkan jeragat.

3) Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes".  Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.




Reaksi alahan kepada ubat-ubatan tertentu.

Ini adalah punca utama hyperpigmentation, ia merupakan faktor yang banyak sekali terjadi. Antibiotik tertentu seperti minocycline, tetracycline dan doxycycline digunakan secara meluas oleh banyak orang. Malah, minocycline biasanya digunakan untuk merawat jerawat. Bahan-bahan yang digunakan ini juga menyumbang kepada melasme. Terdapat beberapa antidepresan yang juga menyebabkan pigmentasi muka. Imipramine adalah salah salah satu daripadanya. Chlorpromazine adalah dadah, biasanya digunakan sebagai anti-psikotik. Ini juga menyebabkan jeragat, selepas digunakan dalam jangka masa yang lama. Phenytoin, yang digunakan untuk merawat epilepsi, adalah satu lagi contoh bahan yang mendorong kepada terjadi jeragat dalam jangka masa panjang. Ia adalah ciri-ciri dadah-induced.

Oleh itu dalam memilih produk kecantikan dan ubat-ubat antibiotik dan sebagainya hendaklah berbalik kepada asas kejadian alam. Oleh itu, fenomena rawatan semulajadi seperti penggunaan ubat homeopati,biochemic dan cream yang bebas bahan kimia telah menjadikan trend dan perkembangan sihat di Barat. Mereka sekarang ini terus menghindari ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.


CARA UNTUK HILANGKAN JERAGAT

1. Melalui Penjagaan Kulit Wajah - Salah satu rahsia kulit yang cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali sehari. Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas mencuci muka. Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit. Elakkan menggunakan produk yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Pemakaian krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya selalu terdedah dengan matahari.

 So, kat sini, fai nak share dengan korang semua 1 jenis produk yang amat sesuai dan best digunakan untuk kulit wajah kita..iaitu Mary Kay Timewise Miracle set. Dalam set asas ni ada 4 agen iaitu Cleanser, Moisturiser, Day Cream with broad spectrum SPF 35 dan Night Cream..

4 agen ni  offer 11 kebaikan penentang usia iaitu membersih, mengelupas, menyegar, mengaktif, melembap, menghalus, menegang, melembut, melindungi, menjana dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan..that's why la set ni kita namakan die sebagai MIRACLE SET..



Tara....Produk wajah Mary Kay Timewise Miracle Set..


Set ni sesuai untuk semua wanita yang berumur lingkungan awal 30-an..boleh pilih samada nak set untuk kuit Normal to Dry Skin ataupun set untuk Combination to Oily skin..

Bagi wanita yang ada masalah jeragat yang tidak berapa serius, fai pun akan suggestkan untuk pakai set ni sebab macam yang fai gtau sebelum ni, salah satu faktor kehadiran jeragat adalah disebabkan oleh pendedahan kulit kepada cahaya matahari especially sinaran UVA yang merbahaya kepada kulit..Dengan menggunakan set ni, kita ada Day cream yang mana dalam Day Cream tersebut dah memang ada sunscreen broad spectrum SPF 35..

Kalau berminat, boleh email kpd fai at fairuzita@gmail.com untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan produk ni..kalu nak view kt FB pun boleh..cari page MaryKay BC_Fai at Fairuzita Shahran. Kat bawah ni fai sertakan sekali harga untuk setiap item yang ada dalam set ni..

Timewise Miracle set; price per item



Kalau nak try beli yang trial set pun boleh dengan harga RM185 (tak termasuk postage)

Timewise Trial Miracle set


Selain tu, kalau dah biasa guna yang basic ni, boleh tambah beli item yang lain untuk kesan yang lebih efektif..



Selain daripada penjagaan wajah untuk mencegah jeragat, jeragat pun boleh diatasi dengan 2 cara lain seperti di bawah..so, enjoy reading ye kawan-kawan..

2. Melalui Pemakanan Harian - Kulit yang sihat memerlukan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.


3. Melalui Suplemen/Vitamin. Pilihlah yang berasas kejadian alam seperti tumbuhan. Kerana supplemen begini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan bertambah teruk dan mudarat. Jauhi ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.

Tuesday, March 4, 2014

JELITA Part 1

Hai alls..Entry kali ni, fai nak citer pasal penghuni baru rumah kami..sorila ye..blog fai ni dah macam rojak dah..macam2 ada!! jual beli barang boleh, cerita pasal pengalaman or pape jela kat sini pun boleh..pendek kata, fai nak jadikan blog ni macam diary lak,,journey of my life..pahatkan sweet n sour memory di sini..(macam tempat luahan perasaan jugak la kot..ceewahh)

Penghuni baru rumah kami ni merupakan benda bernyawa. eerrmm menarik tu.. agak2 korang boleh teka x? mesti boleh kan?? Al-maklumla dah TTC selama dekat 3 tahun (11st Mac 2014 ni bakal celebrate annibeseri yang ke-3..dulu slalu cakap'annibeseri ke-2 masih berdua', nnt time annibeseri ke-3, dah ber-3)..rupa-rupanya mmg betulla..kata-kata tu 1 doa..mungkin kami masih belum berezeki anak kami sendiri, tapi annibeseri ke-3 ni, tetap dimakbulkan Allah juga..celebrate ber-3 sebab kami dah ade.............................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
 taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

...............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


Hai, nama saya JELITA..sesuai x nama dan fizikal saya??hehe

Pengarang jantung, buah hati yang baru ni namanya JELITA..01 Mac 2014 aritu genap sebulan kami bela JELITA ni..kalau nak tau lebih lanjut pasal JELITA ni, kena teruskan baca rentetan-rentetan entry ni k..fai akan citer ikut dan nak type je..hehehe

Kalu ikut asal-usul, tempat lahir JELITA ni kat Meru rasenye..tok nenek moyang die pun ada kat sana kot..dekat Taman Daya Maju..b4 this adik fai duk sorang je kat rumah kat meru tu..adik fai ni mmgla pecinta binatang..sebab die duduk rumah sorang2 kot, tu yang dok bela pet sebagai teman..mula2 die bela sepasang rabbit, pastu mati..then, die bela lak sepasang anak kucing, die amik dari rumah bakal isteri die waktu tu (sekarang dah jadi isteri, Alhamdulillah)..pastu sekor mati sebab kena langgar, sekor agy dah keluar tak balik2 rumah lak..pastu, nak dijadikan citer, si JELITA ni (waktu tu xde nama agy sebab nama JELITA ni hanya diberi selepas fai bela die) selalu la dtg rmh kt meru tu carik makan..adik pun selalu la bagi die makan..menurut adik fai, waktu die mula2 datang tu mayb umur die dalam 2 bulan macam tu kot..sebab adik fai dah selalu bagi die makan, so die pun selalu melepakkan diri dekat rumah meru tu..pagi, petang, siang, malam ada je kt rumah tu..setia menanti adik fai balik dari keje..

Nak dijadikan citer agy, weekend 25 Jan 2014, fai n husband pun tdola kat meru..saja nak lepak2 dgn mama sebab abah mama ada kt ctu..dari mula fai sampai meru (sabtu pagi) sampaila fai balik ke rumah (ahad petang), si JELITA ni ade je dekat rumah..kalu fai keluar amik2 angin kt lua rumah, die pun ade la skali mengikut gak..menyendeng2 kat kaki orang..Fai ni suka sangat kucing pun tidak, benci pun tidak..so, fai layan ala kadar jela si JELITA ni..tapi yang bestnye, kalu fai kate jangan masuk dalam rumah, si JELITA memang xmasuk eventhough pintu rumah terbuka..dia akan duduk je depan pintu sliding tu sambil baring2..tu yang fai suka tu..Malam tu, waktu nak tdo, biasala chit-chat dulu dgn husband b4 tdo..tanye kat die, boleh x kalu nak bela JELITA ni kt rumah..nak bawa balik rumah..Husband macam setuju, xsetuju je..akhirnya kami pun tdo..

Esok pagi bangun tdo, tgk si JELITA ni ada agy depan pintu..pastu cakap kat mama nak bawa JELITA balik rumah, nak bela dia..mama pun xkisah..so, rase2 mmg mcm nak bawa..tapi at last xjadi bawa sebab takut xleh bela kt rumah nnt..ahad petang tu kami pun blk rumah tanpa bawa JELITA..

Nak tau cmne fai boleh bela si JELITA ni???

hahaha..kena tunggu next entry lak..rasa mcm dah panjang kot entry ni..so, till we meet again in the next entry k..bubye..