Thursday, March 6, 2014

Jeragat & Mary Kay

Masalah jeragat dan parut hitam sering dialami oleh kebanyakan orang Asia. Jika tidak dirawat, tompok-tompok hitam ini akan semakin bertambah. Punca jeragat ialah daripada sel melanosit yang terlebih aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam.

Masalah jeragat yang kerap berlaku di kalangan wanita Asia


Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:


1) Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)

2) Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma". Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat. Penggunaan pil perancang dan tabia tmerokok juga boleh menyebabkan jeragat.

3) Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes".  Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.




Reaksi alahan kepada ubat-ubatan tertentu.

Ini adalah punca utama hyperpigmentation, ia merupakan faktor yang banyak sekali terjadi. Antibiotik tertentu seperti minocycline, tetracycline dan doxycycline digunakan secara meluas oleh banyak orang. Malah, minocycline biasanya digunakan untuk merawat jerawat. Bahan-bahan yang digunakan ini juga menyumbang kepada melasme. Terdapat beberapa antidepresan yang juga menyebabkan pigmentasi muka. Imipramine adalah salah salah satu daripadanya. Chlorpromazine adalah dadah, biasanya digunakan sebagai anti-psikotik. Ini juga menyebabkan jeragat, selepas digunakan dalam jangka masa yang lama. Phenytoin, yang digunakan untuk merawat epilepsi, adalah satu lagi contoh bahan yang mendorong kepada terjadi jeragat dalam jangka masa panjang. Ia adalah ciri-ciri dadah-induced.

Oleh itu dalam memilih produk kecantikan dan ubat-ubat antibiotik dan sebagainya hendaklah berbalik kepada asas kejadian alam. Oleh itu, fenomena rawatan semulajadi seperti penggunaan ubat homeopati,biochemic dan cream yang bebas bahan kimia telah menjadikan trend dan perkembangan sihat di Barat. Mereka sekarang ini terus menghindari ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.


CARA UNTUK HILANGKAN JERAGAT

1. Melalui Penjagaan Kulit Wajah - Salah satu rahsia kulit yang cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali sehari. Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas mencuci muka. Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit. Elakkan menggunakan produk yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Pemakaian krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya selalu terdedah dengan matahari.

 So, kat sini, fai nak share dengan korang semua 1 jenis produk yang amat sesuai dan best digunakan untuk kulit wajah kita..iaitu Mary Kay Timewise Miracle set. Dalam set asas ni ada 4 agen iaitu Cleanser, Moisturiser, Day Cream with broad spectrum SPF 35 dan Night Cream..

4 agen ni  offer 11 kebaikan penentang usia iaitu membersih, mengelupas, menyegar, mengaktif, melembap, menghalus, menegang, melembut, melindungi, menjana dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan..that's why la set ni kita namakan die sebagai MIRACLE SET..



Tara....Produk wajah Mary Kay Timewise Miracle Set..


Set ni sesuai untuk semua wanita yang berumur lingkungan awal 30-an..boleh pilih samada nak set untuk kuit Normal to Dry Skin ataupun set untuk Combination to Oily skin..

Bagi wanita yang ada masalah jeragat yang tidak berapa serius, fai pun akan suggestkan untuk pakai set ni sebab macam yang fai gtau sebelum ni, salah satu faktor kehadiran jeragat adalah disebabkan oleh pendedahan kulit kepada cahaya matahari especially sinaran UVA yang merbahaya kepada kulit..Dengan menggunakan set ni, kita ada Day cream yang mana dalam Day Cream tersebut dah memang ada sunscreen broad spectrum SPF 35..

Kalau berminat, boleh email kpd fai at fairuzita@gmail.com untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan produk ni..kalu nak view kt FB pun boleh..cari page MaryKay BC_Fai at Fairuzita Shahran. Kat bawah ni fai sertakan sekali harga untuk setiap item yang ada dalam set ni..

Timewise Miracle set; price per item



Kalau nak try beli yang trial set pun boleh dengan harga RM185 (tak termasuk postage)

Timewise Trial Miracle set


Selain tu, kalau dah biasa guna yang basic ni, boleh tambah beli item yang lain untuk kesan yang lebih efektif..



Selain daripada penjagaan wajah untuk mencegah jeragat, jeragat pun boleh diatasi dengan 2 cara lain seperti di bawah..so, enjoy reading ye kawan-kawan..

2. Melalui Pemakanan Harian - Kulit yang sihat memerlukan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.


3. Melalui Suplemen/Vitamin. Pilihlah yang berasas kejadian alam seperti tumbuhan. Kerana supplemen begini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan bertambah teruk dan mudarat. Jauhi ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.

No comments:

Post a Comment